P2P (Peer to peer)

Pada tulisan aku kali ini, aku ingin mengenalkan kepada tuan-tuan dan puan-puan apakah itu P2P. Di sini aku ingin menggunakan teknik soal dan jawab untuk memudahkan pembaca blog aku, memahami pengetahuan yang ingin aku kongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan.
1. Apa itu P2P?
(Peer to peer) ataupun nama singkatannya P2P adalah satu perkara unggul yang telah dimulakan oleh NAPSTER. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut apa itu P2P mari kita berkenalan dengan NAPSTER.
” NAPSTER was a file sharing service that paved the way for decentralized P2P file-sharing programs such as Kazaa, Limewire, Imesh, and Bearshare, which are now used for many of the same reasons and can download music, picture, and other files. The popularity and repercussions of the first NAPSTER have made it a legendary icon in the computer and entertainments fields. NAPSTER’S brand and logo continue to be used by a pay service, having been acquired by Roxio”.
Pengertian mudah apa itu P2P ialah satu servis yang menjadikan internet itu sebagai ‘operator’ yang mengendalikan perpindahan fail antara komputer anda dengan komputer yang lain (di ruang cyber) dalam satu masa yang sama di mana anda boleh memilih fail apa pun mengikut cita rasa anda. Dan yang paling best – pada ketika itu internet bagaikan ‘tidak berkuasa’ untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut. Faham? aku pun tak faham … sebab yang suruh aku tulis ni ialah uncle aku sendiri. Begitulah tuan-tuan, susahnya aku berUNCLEkan seorang pensyarah IT nih.
2. Bagaimana P2P itu beroperasi?
P2P ialah servis pemindahan fail dari satu komputer ke satu komputer yang lain yang menggunakan internet sebagai medium. Perkataan yang tepat untuk servis ini dipanggil ‘File Sharing‘. P2P berbeza dengan download biasa. Jika anda mendownload satu fail dari internet, apa yang berlaku ialah komputer anda menerima pindahan fail dari sebuah ‘SERVER’ di internet. Berbeza dengan cara download menggunakan P2P, komputer anda mendapatkan fail dari pengguna internet yang lain secara terus tanpa bantuan ‘SERVER’. Untuk pemahaman yang lebih jelas, tengok sahajalah gambar di bawah ini. Kesimpulannya, satu fail yang anda download dari server mungkin terputus, sebaliknya jika fail itu didownload dengan P2P – jika anda terputus pun dari satu pengguna, beribu-ribu pengguna yang lain akan menghulurkan bantuan untuk mencapai download yang sempurna.

3. Apakah fail yang boleh dikongsi dengan P2P?
Fail yang boleh dikongsi menggunakan P2P terdiri daripada fail lagu, video, dokumen, dan juga software. Semua lagu atau video yang terkini boleh dikongsi melalui P2P. Sebagai contoh, filem Sifu dan Tonga’ mungkin anda boleh dapatkan dengan menggunakan P2P Ares, dan tidak boleh didapati dengan menggunakan P2P Limewire. Mengapa jadi begitu? Sebabnya, pengguna Malaysia lebih ramai ‘lepak’ di Ares berbanding Limewire.
4. Apakah software yang popular?
Antara software-software P2P yang popular pada masa ini ialah Limewire, Ares, Morpheus, Kazaa, Imesh, Bearshare dan banyak lagi. Untuk OS Ubuntu yang popular adalah Limewire, Frostwire dan DC++. Manakala untuk OS Mac terdiri daripada Cocoa dan eDonkey.
5. Bagaimanakah mendapatkan software ini?
Aku bukannya tauke yang menjual CD tiruan, jadi carilah sendiri di Google. Bagi pengguna OS ‘open source’ seperti aku ni yang menggunakan Ubuntu anda boleh mencari software tersebut pada ‘add/remove’.
6. Apakah kelebihan menggunakan P2P?
Kelebihan menggunakan P2P ialah anda dapat menambah lagi duit tabungan anda daripada digunakan untuk membeli CD atau VCD asli. Hal ini kerana dalam P2P anda boleh mencari dan memuaskan nafsu anda untuk menambahkan lagi koleksi lagu dan video anda tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Sesungguhnya aktiviti menabung itu menjamin masa depan yang cerah. Bijak dahulu bijak sekarang.
7. Bilakah masa yang sesuai untuk anda menggunakan P2P?
Masa yang sesuai menggunakan P2P ialah masa anda tidur. Dari situlah software ‘NAPSTER’ namanya diterbitkan bermaksud orang yang suka tidur. Hal ini kerana semasa anda tidurlah paling best menggunakan P2P untuk mendapatkan fail-fail yang anda inginkan. Bangun sahaja dari tidur semua fail telah selesai dipindahkan ke komputer anda.
8. Wujudkah isu-isu berkaitan dengan P2P?
Banyak isu yang berlaku disebabkan oleh P2P ini. Bacalah sendiri senarai di bawah ini:
a. Jangan gunakan P2P semasa berada di cyber cafe ataupun di kemudahan Wifi awam. Ini kerana P2P akan menyedut semua kuasa bandwidth yang diperuntukkan kepada anda seorang sahaja. Ini akan menyebabkan tauke cyber tadi rugi mendadak dan mungkin juga akan menerajang anda sehingga ke langit yang ke tujuh.
b. P2P akan mengagalkan kuasa download pada browser anda. Itu sebab saya nyatakan tadi masa yang sesuai untuk anda menggunakan P2P adalah sebelum anda masuk tidur.
c. Jika nasib anda memang tertulis ‘malang’ sejak azali lagi, anda mungkin menyedut virus masuk ke dalam komputer anda. Apa boleh buatlah, jika di dunia lagi pun anda sudah malang, apatah lagi di akhirat kelak. Jadi banyak-banyaklah bertaubat.
d. Menggunakan P2P juga akan menyebabkan anda bakal berkawan baik dengan Celcom, Digi atau Maxis. Ini kerana mereka akan mengirim sms untuk memberitahu anda yang had kegunaan download hampir tamat. Inilah buruknya menggunakan mobile broadband. Ia menyediakan had download data sebanyak 5 gigabyte sahaja sebulan.
e. Anda bakal bermusuh dengan indie band yang merupakan teman sebilik anda. Ini kerana belum sempat lagi mamat tu buat album, anda sudah sebarkan lagunya dengan P2P. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat, perkara ini pernah berlaku di antara band Metallica dengan Napster pada tahun 2001.
Itulah serba sedikit mengenai P2P. Jika anda ada isu-isu lain berkaitan P2P, silalah tambah-tambah apa yang patut.


That Guy berkata,
12 Jun 2009 pada 02:27
I love this site
kareem karzai berkata,
3 November 2009 pada 15:54
jika sharing yg hanya melibatkan 2pc, adakah itu juga dipanggil p2p?
aizam88 berkata,
19 Jun 2010 pada 22:44
tidak sbb ianya tidak melibatkan server…
Anis berkata,
30 Ogos 2010 pada 12:29
abg apa la ko type d blog mu ni…. nda fhm t format bah laptop ku arr… hehe