Install *.bin fail pada Ubuntu

27 Jun 2009 at 17:02 (Uncategorized)

ubuntu-9-4-google-earth-install

Tips untuk pengguna OS Ubuntu.

Pada artikel kali ini, saya ingin menunjukkan cara menginstall software ‘.bin’ extension fail ke dalam Ubuntu anda.

Bila anda ingin menginstall sesetengah software yang ada extension .bin fail seperti GoogleEarthLinux.bin pada OS Ubuntu anda tidak boleh terus menginstallnya seperti dalam OS Windows. Untuk menginstall software yang ada extension .bin anda perlu tahu sedikit mengenai arahan dalam ‘terminal’, di mana Ubuntu akan boleh menginstall software tersebut ke dalamnya.

Selepas mendownload software .bin pindahkannya ke ‘desktop’ ataupun folder lain dalam ‘home directory’ anda.

Seterusnya buka terminal (applications > accessories > terminal)

Taipkan arahan ini jika anda menyimpan software tersebut di desktop anda. (Perlu diingatkan taip semua arahan dalam artikel ini tanpa meninggalkan satu pun simbol).

“cd desktop”

atau tukarkan ayat ‘desktop’ pada arahan di atas dengan nama folder di mana anda menyimpan software .bin fail itu tadi.

Seterusnya tekan butang ‘enter’

Taip “ls” dan tekan butang ‘enter’ untuk mensahkan fail tersebut wujud dalam folder tersebut.

Seterusnya taipkan arahan yang penting ini.

“sudo chmod +x filename.bin”

Dalam arahan di atas tukarkan ayat ‘filename’ dengan nama software yang anda ingin installkan.

Sebagai contoh jika anda menginstall ‘GoogleEarthLinux.bin’ taipkan arahan ini.

“sudo chmod +x GoogleEarthLinux.bin”

Tekan butang ‘enter’

Seterusnya password anda akan ditanya. Berikan password login anda. Ianya tidak akan terpapar pada skrin anda apabila ditaip, jangan musykil. Taipkannya tanpa sebarang kesilapan.

Sekarang anda perlu  mengubah fail bin kepada software yang boleh diinstall pada Ubuntu.

Untuk mengubah software tersebut taipkan arahan di bawah ini

“./filename.bin”

Gantikan perkataan ‘filename’ dengan nama software yang anda ingin masukkan.

Sebagai contoh:

“./GoogleEarthLinux.bin”

Tekan butang ‘enter’. Dan proses installing akan dimulakan. Ianya akan memberitahu anda apabila proses ‘installation’ selesai.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Shortcut keys (kekunci pintas) untuk Ubuntu

25 Jun 2009 at 22:45 (Uncategorized)

ubuntu-800x600

General keyboard shortcut

Ctrl + A = Select all
Ctrl + C = Copy the highlighted content to clipboard
Ctrl + V = Paste the clipboard content
Ctrl + N = New (Create a new document, not in terminal)
Ctrl + O = Open a document
Ctrl + S = Save the current document
Ctrl + P = Print the current document
Ctrl + W = Close the close document
Ctrl + Q = Quit the current application

Keyboard shortcuts for GNOME desktop

Ctrl + Alt + F1 = Switch to the first virtual terminal
Ctrl + Alt + F2(F3)(F4)(F5)(F6) = Select the different virtual terminals
Ctrl + Alt + F7 = Restore back to the current terminal session with X
Ctrl + Alt + Backspace = Restart GNOME
Alt + Tab = Switch between open programs
Ctrl + Alt + L = Lock the screen.
Alt + F1 = opens the Applications menu
Alt + F2 = opens the Run Application dialog box.
Alt + F3 = opens the Deskbar Applet
Alt + F4 = closes the current window.
Alt + F5 = unmaximizes the current window.
Alt + F7 = move the current window
Alt + F8 = resizes the current window.
Alt + F9 = minimizes the current window.
Alt + F10 =  maximizes the current window.
Alt + Space = opens the window menu.
Ctrl + Alt + + = Switch to next X resolution
Ctrl + Alt + – = Switch to previous X resolution
Ctrl + Alt + Left/Right = move to the next/previous workspace

Keyboard shortcuts for Terminal

Ctrl + A = Move cursor to beginning of line
Ctrl + E = Move cursor to end of line
Ctrl + C = kills the current process.
Ctrl + Z = sends the current process to the background.
Ctrl + D = logs you out.
Ctrl + R = finds the last command matching the entered letters.
Enter a letter, followed by Tab + Tab = lists the available commands beginning with those letters.
Ctrl + U = deletes the current line.
Ctrl + K = deletes the command from the cursor right.
Ctrl + W = deletes the word before the cursor.
Ctrl + L = clears the terminal output
Shift + Ctrl + C = copy the highlighted command to the clipboard.
Shift + Ctrl + V (or Shift + Insert) = pastes the contents of the clipboard.
Alt + F = moves forward one word.
Alt + B = moves backward one word.
Arrow Up/Down = browse command history
Shift + PageUp / PageDown = Scroll terminal output

Keyboard shortcuts for Compiz

Alt + Tab = switch between open windows
Win + Tab = switch between open windows with Shift Switcher or Ring Switcher effect
Win + E = Expo, show all workspace
Ctrl + Alt + Down = Film Effect
Ctrl + Alt + Left mouse button = Rotate Desktop Cube
Alt + Shift + Up = Scale Windows
Ctrl + Alt + D = Show Desktop
Win + Left mouse button = take screenshot on selected area
Win + Mousewheel = Zoom In/Out
Alt + Mousewheel = Transparent Window
Alt + F8 = Resize Window
Alt + F7 = Move Window
Win + P = Add Helper
F9 = show widget layer
Shift + F9 = show water effects
Win + Shift + Left mouse button = Fire Effects
Win + Shift + C = Clear Fire Effects
Win + Left mouse button = Annotate: Draw
Win + 1 = Start annotation
Win + 3 = End annotation
Win + S = selects windows for grouping
Win + T = Group Windows together
Win + U = Ungroup Windows
Win + Left/Right = Flip Windows

Keyboard shortcut for Nautilus

Shift + Ctrl + N = Create New Folder
Ctrl + T = Delete selected file(s) to trash
Alt + ENTER = Show File/Folder Properties
Ctrl + 1 = Toggle View As Icons
Ctrl + 2 = Toggle View As List
Shift + Right = Open Directory (Only in List View)
Shift + Left = Close Directory (Only in List View)
Ctrl + S = Select Pattern
F2 = Rename File
Ctrl + A = Select all files and folders
Ctrl + W = Close Window
Ctrl + Shift + W = Close All Nautilus Windows
Ctrl + R = Reload Nautilus Window
Alt + Up = Open parent directory
Alt + Left = Back
Alt + Right = Forward
Alt + Home = go to Home folder
Ctrl + L = go to location bar
F9 = Show sidepane
Ctrl + H = Show Hidden Files
Ctrl + + = Zoom In
Ctrl + – = Zoom Out
Ctrl + 0 = Normal Size

(Untuk sesiapa yang ingin mengubah konfigurasi keyboard anda sendiri, anda boleh melakukannya di System – Preferences – Keyboard shortcuts.)

Pautan Kekal 2 Komen

Laptop idamanku

24 Jun 2009 at 19:02 (Uncategorized)

apple-macbook-pro_13-hero-800

Laptop idamanku ialah macbook pro 13.3 inch. Ini kerana laptop tersebut memenuhi ciri-ciri sebuah laptop yang amat aku sukai. Antara ciri-ciri yang best dalam macbook aluminium yang aku suka ialah:

1. Aluminium unibody enclosure (di bina dari sekeping aluminium). Aku menyukai reka bentuk yang dicipta oleh pasukan reka bentuk Apple kerana ianya sangat solid ataupun untuh kerana tidak mempunyai sambungan panel walaupun sedikit.

2. CPU yang power kerana macbook pro dikuasakan dengan intel core 2 duo processor. Ini memudahkan dan mempercepatkan lagi capaian OS untuk membuka satu aplikasi. Contohnya software VMWARE yang membenarkan OS Windows dibuka dengan ‘virtual mode’. Selain itu juga macbook pro dikuasakan lagi dengan 2 gigabyte sebagai permulaan dan boleh ditambah sehingga 8 gigabyte RAM dan Mac OS X yang terbaru iaitu Leopard versi 10.5.

3. Macbook pro 13.3 inch juga menggunakan teknologi yang terkini untuk paparannya. Macbook pro menggunakan teknologi ‘LED backlight display’ dan ini memudahkan lagi kerja editing gambar atau video dan grafik untuk gaming. Hal ini kerana teknologi ‘LED backlight display’ berfungsi memancarkan cahaya dari belakang ke depan dengan menggunakan setiap lampu LED yang kecil untuk setiap piksel. Maka pengguna tidak akan mengalami masalah ketika melihat skrin dari sudut tepi.

4. Satu lagi bahagian yang membuatkan aku ingin sangat menggunakan macbook pro ialah teknologi ‘multi-touch’. Apa yang best sangat pasal multi-touch ni ek? dengan adanya teknologi multi-touch memudahakan lagi pengguna untuk ‘zoom’ dan juga ‘scroll’ gambar ataupun webpage. Lagi best multi-touch macbook pro menyokong sehingga pengguna boleh menggunakan 4 jari. Jika anda tidak tahu apa itu multi-touch anda tengoklah sendiri video di bawah ini.

5. Selain itu juga, macbook pro menggunakan ‘magsafe power port’. Ini adalah satu lagi kelebihan Apple berbanding syarikat pengeluar komputer riba yang lain. Magsafe power port adalah satu kabel yang sangat bijak kerana ianya menggunakan magnet dan akan terlepas sendiri apabila terlanggar dan tidak seperti power adapter laptop yang lain.

6. Macbook pro juga mempunyai keupayaan grafik yang hebat. Ini disebabkan macbook pro dikuasakan lagi dengan grafik kad terkini dari Nvidia Geforce 9400M dengan saiz 256 megabyte. Jadi senanglah untuk aku memasukkan software game yang memerlukan kuasa grafik yang tinggi.

7. Macbook pro mempunyai satu lagi keunikan yang selama ini sudah lama wujud dalam dunia telefon bimbit iaitu keyboard berlampu (backlight keyboard). Dalam macbook pro lampu pada keyboard akan hidup apabila sensornya mengesan kurang cahaya dan terus menghidupkan lampu pada keyboard untuk memudahkan pengguna membuat kerja di tempat yang kurang cahaya lampu.

8. Apple juga memcipta bateri yang tahan lasak sehingga mampu bertahan selama 7 jam. Ini merupakan jangka masa yang panjang untuk bateri sebuah laptop beroperasi tanpa dicas. Ini boleh membantu pengguna untuk membuat kerja dalam temoh yang lama sebelum dicas semula. Selain itu juga, Apple telah mencipta power port yang bijak. Kenapa aku berkata begitu? ini kerana apabila bateri macbook aluminium telah dicas penuh dan adapter tidak dicabut ataupun dimatikan macbook akan berhenti mengecas baterinya dengan sendiri.

9. Satu lagi bahagian yang penting dalam macbook pro ialah ianya menyokong hubungan internet yang baru iaitu N. N di sini ialah frekuensi dan macbook pro 13 inch menyokong hubungan N dengan download speed minimum 54.0 Mbps sehingga  600 Mbps.

10. Kepada sesiapa yang menggunakan macbook pro anda mesti tercari-cari di mana terletaknya speakernya. Speaker macbook pro terletak di bahagian bawah keyboardnya. Sangat kreatifkan pereka macbook pro mereka dapat menggunakan sepenuhnya ruang aluminium itu tanpa perlu mengubah saiz sebenar macbook iaitu 13.3 inci.

11. Satu lagi ciri yang aku suka dalam macbook pro kerana mempunyai ‘power indicator’ di bahagian tepi sebelah kiri laptop. Ini memudahkan pengguna untuk mengetahui berapa lagi kapasiti bateri mereka yang boleh digunakan tanpa perlu membuka laptop.

12. Antara semua ciri yang aku senaraikan di atas, semuanya tidak akan dapat memancarkan kesombongan jika tiada logo buah epal kena gigit. Ini kerana Apple ibarat Ferrari dalam dunia komputer, disebabkan Apple sentiasa mencipta revolusi baru dalam teknologi komputer.

Tetapi ciri yang paling best sekali dalam macbook yang dibuat Apple ialah Sistem Operasinya yang stabil kerana dibina berasaskan daripada ‘Kernel’ Sistem Operasi ‘UNIX’. Sistem Operasi Mac OS X sangat stabil dan tidak menghadapi masalah diserang virus OS Windows. Selain itu juga, OS Mac X ini tidak mengalami masalah ‘hang’ ataupun ‘Bluescreen’, serta menawarkan Graphic User Interface (GUI) yang menawan kalbu dan dinamakan sebagai ‘Aqua’.

Kesian aku.

Pautan Kekal 3 Komen

P2P (Peer to peer)

6 Jun 2009 at 19:10 (Uncategorized)

peer-to-peer_manifesto-id4898831_size485

Pada tulisan aku kali ini, aku ingin mengenalkan kepada tuan-tuan dan puan-puan apakah itu P2P. Di sini aku ingin menggunakan teknik soal dan jawab untuk memudahkan pembaca blog aku, memahami pengetahuan yang ingin aku kongsikan bersama tuan-tuan dan puan-puan.

1. Apa itu P2P?

(Peer to peer) ataupun nama singkatannya P2P adalah satu perkara unggul yang telah dimulakan oleh NAPSTER. Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut apa itu P2P mari kita berkenalan dengan NAPSTER.

” NAPSTER was a file sharing service that paved the way for decentralized P2P file-sharing programs such as Kazaa, Limewire, Imesh, and Bearshare, which are now used for many of the same reasons and can download music, picture, and other files. The popularity and repercussions of the first NAPSTER have made it a legendary icon in the computer and entertainments fields. NAPSTER’S brand and logo continue to be used by a pay service, having been acquired by Roxio”.

Pengertian mudah apa itu P2P ialah satu servis yang menjadikan internet itu sebagai ‘operator’ yang mengendalikan perpindahan fail antara komputer anda dengan komputer yang lain (di ruang cyber) dalam satu masa yang sama di mana anda boleh memilih fail apa pun mengikut cita rasa anda. Dan yang paling best – pada ketika itu internet bagaikan ‘tidak berkuasa’ untuk mengambil tindakan terhadap perkara tersebut. Faham? aku pun tak faham … sebab yang suruh aku tulis ni ialah uncle aku sendiri. Begitulah tuan-tuan, susahnya aku berUNCLEkan seorang pensyarah IT nih.

2. Bagaimana P2P itu beroperasi?

P2P ialah servis pemindahan fail dari satu komputer ke satu komputer yang lain yang menggunakan internet sebagai medium. Perkataan yang tepat untuk servis ini dipanggil ‘File Sharing‘. P2P berbeza dengan download biasa. Jika anda mendownload satu fail dari internet, apa yang berlaku ialah komputer anda menerima pindahan fail dari sebuah ‘SERVER’ di internet. Berbeza dengan cara download menggunakan P2P, komputer anda mendapatkan fail dari pengguna internet yang lain secara terus tanpa bantuan ‘SERVER’. Untuk pemahaman yang lebih jelas, tengok sahajalah gambar di bawah ini. Kesimpulannya, satu fail yang anda download dari server mungkin terputus, sebaliknya jika fail itu didownload dengan P2P – jika anda terputus pun dari satu pengguna, beribu-ribu pengguna yang lain akan menghulurkan bantuan untuk mencapai download yang sempurna.

best-p2p-applications

3. Apakah fail yang boleh dikongsi dengan P2P?

Fail yang boleh dikongsi menggunakan P2P terdiri daripada fail lagu, video, dokumen, dan juga software. Semua lagu atau video yang terkini boleh dikongsi melalui P2P. Sebagai contoh, filem Sifu dan Tonga’ mungkin anda boleh dapatkan dengan menggunakan P2P Ares, dan tidak boleh didapati dengan menggunakan P2P Limewire. Mengapa jadi begitu? Sebabnya, pengguna Malaysia lebih ramai ‘lepak’ di Ares berbanding Limewire.

4. Apakah software yang popular?

Antara software-software P2P yang popular pada masa ini ialah Limewire, Ares, Morpheus, Kazaa, Imesh, Bearshare dan banyak lagi. Untuk OS Ubuntu yang popular adalah Limewire, Frostwire dan DC++. Manakala untuk OS Mac terdiri daripada Cocoa dan eDonkey.

5. Bagaimanakah mendapatkan software ini?

Aku bukannya tauke yang menjual CD tiruan, jadi carilah sendiri di Google. Bagi pengguna OS ‘open source’ seperti aku ni yang menggunakan Ubuntu anda boleh mencari software tersebut pada ‘add/remove’.

6. Apakah kelebihan menggunakan P2P?

Kelebihan menggunakan P2P ialah anda dapat menambah lagi duit tabungan anda daripada digunakan untuk membeli CD atau VCD asli. Hal ini kerana dalam P2P anda boleh mencari dan memuaskan nafsu anda untuk menambahkan lagi koleksi lagu dan video anda tanpa perlu mengeluarkan sesen pun. Sesungguhnya aktiviti menabung itu menjamin masa depan yang cerah. Bijak dahulu bijak sekarang.

7. Bilakah masa yang sesuai untuk anda menggunakan P2P?

Masa yang sesuai menggunakan P2P ialah masa anda tidur. Dari situlah software ‘NAPSTER’ namanya diterbitkan bermaksud orang yang suka tidur. Hal ini kerana semasa anda tidurlah paling best menggunakan P2P untuk mendapatkan fail-fail yang anda inginkan. Bangun sahaja dari tidur semua fail telah selesai dipindahkan ke komputer anda.

8. Wujudkah isu-isu berkaitan dengan P2P?

Banyak isu yang berlaku disebabkan oleh P2P ini. Bacalah sendiri senarai di bawah ini:

a. Jangan gunakan P2P semasa berada di cyber cafe ataupun di kemudahan Wifi awam. Ini kerana P2P akan menyedut semua kuasa bandwidth yang diperuntukkan kepada anda seorang sahaja. Ini akan menyebabkan tauke cyber tadi rugi mendadak dan mungkin juga akan menerajang anda sehingga ke langit yang ke tujuh.

b. P2P akan mengagalkan kuasa download pada browser anda. Itu sebab saya nyatakan tadi masa yang sesuai untuk anda menggunakan P2P adalah sebelum anda masuk tidur.

c. Jika nasib anda memang tertulis ‘malang’ sejak azali lagi, anda mungkin menyedut virus masuk ke dalam komputer anda. Apa boleh buatlah, jika di dunia lagi pun anda sudah malang, apatah lagi di akhirat kelak. Jadi banyak-banyaklah bertaubat.

d. Menggunakan P2P juga akan menyebabkan anda bakal berkawan baik dengan Celcom, Digi atau Maxis. Ini kerana mereka akan mengirim sms untuk memberitahu anda yang had kegunaan download hampir tamat. Inilah buruknya menggunakan mobile broadband. Ia menyediakan had download data sebanyak 5 gigabyte sahaja sebulan.

e. Anda bakal bermusuh dengan indie band yang merupakan teman sebilik anda. Ini kerana belum sempat lagi mamat tu buat album, anda sudah sebarkan lagunya dengan P2P. Ini adalah satu perkara yang tidak sihat, perkara ini pernah berlaku di antara band Metallica dengan Napster pada tahun 2001.

Itulah serba sedikit mengenai P2P. Jika anda ada isu-isu lain berkaitan P2P, silalah tambah-tambah apa yang patut.

Pautan Kekal 4 Komen

Cara memuat-turun video dari YOUTUBE menggunakan 2 sistem operasi yang berbeza

2 Jun 2009 at 18:19 (Uncategorized)

youtube_logo

Tengah aku duduk download movie terasa gatal pulak jari-jemari aku ni menaip artikel. Kali ini, aku ingin menunjukkan bagaimana cara memuat-turun video di YOUTUBE ke komputer anda menggunakan dua Sistem Operasi yang berbeza iaitu Sistem Operasi Ubuntu dan juga Windows.

YOUTUBE merupakan satu laman perkongsian video. Ianya satu website yang membenarkan pengunjung memuat-naik dan berkongsi video mereka dengan pengunjung YOUTUBE. Format video yang digunakan untuk video dalam laman tersebut ialah (*.flv). Hal ini kerana, format (*.flv) adalah satu ‘codec’ yang ringan untuk video dan ini memudahkan dan mempercepatkan lagi proses memuat-naik untuk video di YOUTUBE.

Tentu ramai di kalangan kita yang tidak tahu bagaimana cara untuk memuat-turun video yang anda inginkan dari laman web video yang paling unggul ini. Jadi saya mengambil peluang ini untuk berkongsi dengan tuan-tuan cara memuat-turun video laman web kegemaran anda tersebut. Ramai di kalangan kita yang masih memenuhkan poket-poket tauke kedai VCD dan CD cetak rompak semata-mata untuk mendapatkan video klip yang kita sukai. Jadi daripada kita membuang duit untuk mendapatkan video yang kita suka lebih baik dan afdal lagi kita memuat-turun video tersebut kerana ianya percuma.

Cara memuat-turun video dari YOUTUBE ke dalam Sistem Operasi Windows

screenshot1

1. Anda perlu memuat turun perisian ‘YOUTUBE Downloader’, Klik sini untuk memuat-turun perisian tersebut. Setelah perisian tersebut selesai dimuat-turun anda perlu memasang perisian tersebut ke dalam sistem anda dengan menekan ikon perisian tersebut.

2. Klik butang ‘start’ pada bahagian kiri panel anda dan cari perisian ‘YOUTUBE Downloader’ pada ruangan ‘all programs’. Selepas menjumpai perisian tersebut klik pada perisian tersebut untuk membukanya.

3. ‘Copy’ URL video yang anda ingin muat-turun tersebut. URL terletak pada ruangan ‘address’ atau lebih dikenali sebagai alamat tapak web. Ia sebenarnya merupakan fail HTML untuk video tersebut.

4. Selepas itu klik butang ‘download’ di bahagian bawah perisian ‘YOUTUBE Downloader’ tersebut. Perisian tersebut akan memuat-turun fail tersebut ke dalam komputer anda dan tersedia dalam bentuk (*.flv).

5. Setelah selesai anda memuat-turun video tersebut anda perlu mencarinya dalam fail yang anda tetapkan atau pun fail yang memang ditetapkan oleh perisian tersebut.

6. Anda perlu memilki perisian yang boleh memainkan atau membaca format video (*.flv) untuk membuka video tersebut. Antara perisian yang sesuai adalah ‘gom player’ atau ‘vlc player. Tetapi sebelum itu, pastikan anda telah memasang ‘CODEC’ yang sesuai untuk memainkan fail FLV. Jika tidak dapatkan ‘klcodec’ di sini.

Selesai.

Cara memuat-turun video dari YOUTUBE ke dalam Sistem Operasi Ubuntu

300_150730

1. Anda perlu memuat-turun perisian ‘Qt tube’, sila klik sini untuk memuat-turun perisian tersebut. Setelah selesai memuat-turun perisian tersebut anda perlu memasang perisian tersebut ke dalam sistem anda dengan menekan ikon perisian yang telah selesai dimuat-turun tadi.

2. Klik butang menu yang terletak di bahagian atas sebelah kiri panel anda. Seterusnya anda perlu ke ruangan ‘internet’ untuk mencari perisian ‘Qt tube’ yang telah dipasang  tadi dan klik pada ikon perisian tersebut untuk membukanya.

3. ‘Copy’ URL video yang anda ingin muat-turun tersebut. URL terletak pada ruangan ‘address’ atau lebih dikenali sebagai alamat tapak web. Ia sebenarnya merupakan fail HTML untuk video tersebut.

4. Selepas itu klik butang ‘get video’ di bawah sebelah kiri URL video dalam perisian tersebut. Perisian tersebut akan memuat-turun video tersebut ke dalam komputer anda dan tersedia dalam format FLV.

5. Setelah selesai anda memuat-turun video tersebut anda perlu mencari fail video yang telah dimuat-turun tadi. Fail video tersebut tersimpan dalam ‘Home directory’.

6. Bagi pengguna Sistem Operasi Ubuntu anda tidak perlu risau, ini kerana pemain media Sistem Operasi Ubuntu memang boleh memainkan video berformat FLV.

Selesai.

Sebelum saya menutup artikel saya pada kali ini, saya ingin membawa pengunjung laman blog saya ini berfikir dari luar kotak yang selama ini mengekang had pemikiran kita. Kenapa laman video yang best ni dinamakan YOUTUBE ek???. Kenapa tidak dinamakan tiub tayar ataupun tiup belon ke? kan bagus kalau dinamakan begitu nampak lucu juga la dan bila ada umat yang bertanya sapa yang mahu tiup belon tu ek? anda jawab YOUTUBE lah.

Pautan Kekal Tinggalkan Komen

Pengalaman Menggunakan Sistem Operasi Ubuntu

29 Mei 2009 at 17:42 (Uncategorized)

Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan satu Sistem Operasi komputer yang baru bagi saya hehe, oleh uncle saya iaitu pemilik laman web Symbianku.com – Encik Adli Ayob. Beliau telah memperkenalkan saya dengan Sistem Operasi Linux dengan ‘distro’ Ubuntu (Jaunty Jackalope 9.04). Ubuntu (Jaunty Jackalope) menggunakan persekitaran desktop (desktop environment) GNOME. Pada mulanya, saya ada perasaaan takut sedikit sebab tidak pernah menggunakan Sistem Operasi yang lain untuk komputer saya selain Windows. Tapi selepas saya melihat efek yang boleh dilakukan dalam Sistem Operasi tersebut menggunakan perisian ‘compizconfig manager’ saya merasa sungguh tertarik untuk menggunakan Sistem Operasi Ubuntu tersebut.

Saya pun install Sistem Operasi Ubuntu tadi ke dalam laptop ftec bapa saya ini, saya tumpang pakai sahaja dan menjahanamkan lagi laptop ini. Proses untuk  memasukkan Sistem Operasi tersebut sangatlah mudah memakan masa dalam 20 minit sahaja dan langsung tidak memerlukan ‘cd driver’ sebab Sistem Operasi ini adalah satu Sistem Operasi ‘open source’ dan semua driver untuk setiap hardware sudah ada dalam ‘repository’ Ubuntu.

Persediaan sebelum memasukkan Sistem Operasi Ubuntu ke dalam komputer anda

1. Pastikan anda mempunyai hubungan internet yang laju (wifi amat digalakkan). Hal ini kerana, Sistem Operasi Ubuntu memerlukan hubungan internet yang laju untuk sentiasa mengemas kini perisian dan driver untuk komputer melalui perisian ‘update manager’.

2. CD Ubuntu atau installer untuk Sistem Operasi Ubuntu.

3. Ruang cakera keras yang mencukupi (10 gigabyte digalakkan).

Proses memasukkan Sistem Operasi Ubuntu ke dalam komputer anda.

1. Muat-turun Sistem Operasi Ubuntu melalui laman web ini.

2. ‘Burn’ fail berformat (*.ISO) ke dalam cd kosong dan gunakannya sebagai ‘boot’ cd. Masukkan CD tersebut dan ‘switch-on’ komputer anda.

3. Kemudian Sistem Operasi Ubuntu akan mula diinstall ke dalam komputer anda. Jangan risau, anda tidak perlu ‘format’ komputer untuk memasukkan Sistem Operasi Ubuntu ke dalam komputer anda, sistem ini juga boleh dimasukkan ke dalam Sistem Windows. (Bayangkan begini: 2 OS dipasangkan ke dalam komputer, apa yang perlu adalah anda memilih OS mana yang anda ingin mulakan semasa boot). Perkara menarik di sini: semua sistem Windows anda TIDAK AKAN DIGANGGU dan berada dalam keadaan SEDIAKALA!

4. Anda akan diberi pilihan untuk memilih ruang cakera keras yang ingin anda gunakan untuk memasukkan sistem tersebut.

5. Selepas itu, sistem tersebut akan melakukannya sendiri. Anda cuma perlu tengok sahaja dan adalah sedikit permintaan untuk anda membenarkan Sistem Operasi Ubuntu dipasang pada komputer dengan klik butang ‘next’. Insya-Allah, jika berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah semua proses tersebut akan selesai dalam masa 20 minit.

Apabila selesai memasukkan Sistem Operasi Ubuntu ke dalam komputer, anda perlu melakukan 5 perkara penting ini

1. Konfigurasi firewall

Sebenarnya konfigurasi firewall memang tersedia di dalam sistem operasi ubuntu. Anda cuma perlu mendapatkan ‘firewall graphic user interface’. Firewall berfungsi sebagai sekuriti untuk sistem anda daripada boleh digodam. Cara untuk mengaktifkan ‘firewall graphic user interface’ ke dalam sistem anda dengan menaipkan arahan ini pada terminal anda:

sudo apt-get install gufw

2. Mengaktifkan repository sistem anda

Mengaktifkan repository ke dalam Ubuntu sangat penting untuk memastikan Sistem Operasi kita sentiasa dalam keadaan terkini. Ianya sangat berguna untuk memasukkan perisian 3rd party (3rd party application).

Pergi ke system – administration synaptic package manager

Tekan pada ‘setting-repository’

periksa semua kotak

pergi ke tab ‘3rd party application’. Periksa semua kotak.

Tekan butang ‘close’ dan tekan butang ‘reload’ di bahagian atas sebelah kiri untuk mengemas kinikan repository.

3. Wine

Wine ialah sebuah ’emulator’ agar pengguna boleh ‘menginstall’ software Windows ke dalam Ubuntu ATAU membuka perisian yang sedia ada dalam Sistem Operasi Windows ke dalam Ubuntu anda. Cara mendapatkan perisian tersebut hanyalah dengan menaip arahan ini di dalam terminal anda.

sudo apt-get install wine

4. Ubuntu-restricted-extras

Ubuntu restricted extras ialah codec untuk Sistem Operasi anda agar boleh memainkan pelbagai format lagu seperti mp3 contohnya, memainkan flash untuk youtube dan adobe flash player. Cara mengaktifkan ubuntu-restricted-extras adalah dengan menaip arahan di bawah ini dalam terminal anda.

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

5. Download vlc player

Vlc ialah perisian untuk memainkan video. Taipkan arahan ini dalam terminal anda untuk mendapatkan perisian tersebut.

sudo apt-get install vlc

10 sebab mengapa kita harus menggunakan Sistem Operasi Ubuntu

1. Sistem operasi ini adalah percuma

Anda boleh memuat-turun secara percuma atau mengambil cd installer Untuk ubuntu di mana-mana cawangan Syarikat Canonical. Kepada manusia-manusia yang mempunyai status kaya-kaya adalah lebih baik menggunakan ‘Sistem Operasi Mac Os X’ untuk membesarkan lagi sayap dan lubang hidung anda.

2. Sistem ini selamat dari ancaman virus Sistem Operasi Windows

Ubuntu dan Windows adalah satu Sistem Operasi yang sama digunakan untuk komputer dan membolehkan kita mengubah atau menambah apa-apa perisian yang kita suka. Namun Windows mudah diserang virus kerana Windows merupakan Sistem Operasi yang paling popular masyarakat gunakan, sebaliknya ubuntu adalah sebuah Sistem Operasi ‘open source’ atau bahasa mudahnya setiap pengguna ialah pencipta aplikasi dan berbeza sistemnya dengan Windows yang hanya mencipta aplikasi untuk Sistem Operasi Windows itu sendiri dan perlu dibeli oleh pengguna. Perkara ini menyebabkan Ubuntu tidak diserang oleh virus yang menyerang Windows. Hal ini kerana, ‘code’ untuk Ubuntu dan Windows sangat berbeza. Jadi dengan itu, anda TIDAK PERLU RISAU LAGI tentang kewujudan lebih 60 ribu virus yang selama ini menyebabkan anda selalu berulang-alik dari rumah ke klinik yang berdekatan.

3. Aplikasi yang boleh dimuat-turun adalah percuma

Seperti yang saya cakap tadi tuan-tuan, Ubuntu merupakan satu Sistem Operasi komuniti ‘open source’ – semua software adalah percuma, manakala Windows mengarahkan pengguna membeli software yang mereka ciptakan.

4. Meluaskan pengetahuan menggunakan Sistem Operasi yang baru

Sistem Operasi Ubuntu mempunyai banyak perbezaan dengan Windows. Kita boleh menambah satu pengalaman baru menggunakan Ubuntu kerana Sistem Operasi ini menggunakan arahan (command) di dalam terminal untuk mendapatkan sesuatu perisian. Kita dapat merasai macam mana seronoknya kalau menjadi seorang penggodam (hackers).

5. Menikmati efek-efek yang menarik

Ubuntu boleh menghasilkan efek-efek yang menarik menggunakan perisian ‘compizconfig manager’ (ccsm). Antara efek menarik yang boleh dilakukan menggunakan ccsm ialah ‘3D desktop effect’ dengan menekan butang ‘ctrl-alt’ dan ‘left click’ pada tetikus serta menggerakkan tetikus sesuka hati. Taipkan arahan di bawah ini pada terminal anda untuk memuat-turun perisian tersebut seterusnya dimasukkan ke dalam komputer anda.

sudo apt-get install ccsm

6. Membina persekitaran windows mengikut cita rasa anda

Sistem Operasi Ubuntu membenarkan penggunanya mencipta ‘desktop enviroment’ mengikut cita rasa mereka. Walaubagaimanapun, GNOME dan KDE adalah jauh lebih cukup dari apa yang anda idamkan.

7.Sistem sekuriti yang tinggi

Sistem Operasi Ubuntu memiliki satu ciri yang amat penting bagi sebuah komputer iaitu sistem sekuriti yang tinggi. Hal ini kerana komputer merupakan sebuah mesin peribadi bagi seseorang sama seperti telefon untuk menyimpan data-data peribadi.

8. Kepantasan ‘browser’ untuk membuka sebuah laman web sangat cepat

Sistem Operasi ini sangat berbeza dengan Windows dalam kepantasan membuka semua laman web. Hal ini kerana apabila Windows ingin membuka sebuah laman web ianya harus di’scan’ oleh anti-virus dahulu, manakala ubuntu pula tidak perlu melakukannya menyebabkan Ubuntu lebih pantas membuka sebuah laman web.

9. ‘Boot dan shut down speed’

Jika Ubuntu dibandingkan dengan Windows dari segi ‘booting dan shut down speed’ Ubuntu hanya memerlukan 18 saat sahaja. Windows pula sangat lambat untuk ‘boot dan shut down’ sehingga memaksa anda membasuh stokin terlebih dahulu dan menyidainya di ampaian sementara menunggu untuk boot sepenuhnya.

10. Mesra pengguna

Ciri utama dalam sebuah Sistem Operasi ialah ‘mesra pengguna. Ubuntu mempunyai ciri tersebut berbanding Windows, kerana Ubuntu merupakan sebuah Sistem Operasi yang sangat stabil dan tidak menghadapi masalah ‘hang’ dan ‘virus’. Sejak saya menggunakan Ubuntu, saya sudah mula tak faham apa yang diperkatakan tentang ‘Blue Screen’…. apa tu?

Begitulah serba-sedikit tentang pengalaman saya dengan Ubuntu. Jika anda masih BUNTU atau mengalami masalah gangguan mental semasa membaca artikel ini, jangan risau dan KLIK DISINI untuk mendalami mazhab UBUNTU dalam BAHASA MELAYU secara lebih serius.

Pautan Kekal 14 Komen